Soalan dan jawapan di dalam Bulan Ramadhan
Soalan-soalan lazim ketika di bulan Ramadhan.
Makanan sunnah ketika berbuka?
Mulakan dengan kurma
Mengapa tidak digalakkan anda bersahur pada lewat tengah malam atau sebelum anda tidur?
Ini kerana bersahur lewat sebelum waktu Subuh adalah sunnah. Dan hikmah disebalik suruhan ini, bagi membolehkan anda terus mengerjakan solat selepas masuk waktu Suboh.
Bolehkah saya makan dan minum walaupun saya rujuk jadual waktu imsak di atas sudah masuk waktunya?
Ya masih boleh lagi. Dan apabila anda dengar azan sahaja, perlulah berhenti terus makan dan minum.
Hukum solat terawih
Hukumnya adalah sunat
Hukum korek telinga waktu puasa Ramadhan
Tidak batal puasa
Hukum korek hidung di bulan puasa
Tidak membatalkan puasa anda
Hukum mengeluarkan air mani
Jikalau dengan sengaja, BATAL PUASA
Jikalau tidak sengaja, TAK BATAL PUASA
Hukum puasa tak mandi wajib
Sah puasa.
Hukum puasa tapi tak solat atau sembahyang
Sah puasa. Tetapi pahala puasa anda tidak dapat ganjarannya.
Hukum bersetubuh semasa puasa
PERTAMA: Jika bersetubuh dengan isteri anda, maka ibadah puasa anda batal dan anda perlu qadha atau ganti puasa tersebut.
KEDUA: Anda perlu melakukan kaffarah bebas satu orang hamba atau berpuadsa selama 2 bulan berturut-turut atau akhirnya tidak boleh juga barulah anda wajib menyedia makanan untuk 60 orang golongan miskin
dan itulah serba sedikit soal jawap, jikalau anda ada ulasan yang hendak di sampaikan bersama,